- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
12.26.2011
Ciri - Ciri Pelajar Cemerlang
Rajin Berusaha Tangga Kejayaan
12.18.2011
Halatuju Selepas PMR 2011 ??
12.13.2011
Rehlah Damai Siri 2 2011
- Kolaj (melukis logo kumpulan diatas kertas mahjong..macam2 gambar yang dilukis.. semuanya mempunyai makna tersendiri.. hehe)
- 'Nite of Soulful Stars' (wow..aktiviti ape ni ek..?sbnarya malam kebudayaan je ni.. dyorang berlakon berdsrkn tema yg diberikan oleh pihak urusetia..Etika pemarkahan oleh juri yang xseberapa bertauliah - lebih lucu, lebih markah.. ha3..
- 'Who Wants to be an Engineer ??' (phak urusetia mengagihkan straw kpd para peserta dn mereka dikehendaki mncantumkan kesemua straw2 tersebut membentuk sesuatu.. ada yang reka kapal terbang, ada yang buat rumah..macam2lah..
- Hurmm.. bnyak lagi.. tp takkan nk tulis semua kot.. tngok sndirilah dlm video yang pihak kami buat khas untuk anda semua.. Enjoy !!
InspiRaSe 2012
12.07.2011
Semakan Tempat National Service Programme (NSP)
12.02.2011
PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN ( FASA 1)
- Pemohon perlu melayari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier http://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang permohonan kemasukan ke IPTA.
- Aplikasi dalam talian akan dibuka mulai am 12 Tengah Hari 15 November hingga 31 Disember 2011
- Tatacara mengemukakan permohonan :
- Cetak setelah selesai - Wajib Print
- Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 kali permohonan & 3 kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
11.30.2011
PERBEZAAN MATRIKULASI DAN ASASI
- Matrikulasi
- Asasi
- STPM / STAM
- Pengajian Luar negara
- DLL....
11.25.2011
PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID UPU
1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 adalah melalui
Aplikasi Dalam Talian sahaja. Pelajar boleh melayari Laman Web Rasmi
Kemasukan secara percuma di URL http://upu.mohe.gov.my/ untuk
mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA.
2. Bagi mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor
Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian
Nombor Unik ID adalah seperti berikut:
- PEMBELIAN SECARA PUKAL ( MELALUI SEKOLAH)
i. Pembelian mulai 8 hingga 30 November 2011
ii. Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja.
iii. Harga RM10.60 seorang
iv. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon perlu disertakan semasa pembelian.
- PEMBELIAN INDIVIDU (NAK BELI SENDIRI)
i. Pembelian mulai 9 Januari hingga 2 April 2011
ii. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking dan Perbankan Internet.
iii. Harga RM10.60 seorang
iv. Salinan Kad Pengenalan/My Kad calon perlu dikemukakan semasa pembelian .
4. BSN akan menyerahkan Nombor Unik ID yang dipesan terus kepada wakil sekolah berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui.
5. Nombor Unik ID ini WAJIB digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA di FASA 2 mulai 9 Januari hingga 2 April 2012.
Tarikh tutup : 27 November 2011...
(Kaunter juga dibuka pada hari cuti)
11.11.2011
::CARTA ORGANISASI UBKK 2011::
::CARTA ORGANISASI UBKK 2011:: Pengerusi Tn Hj Azhar Bin Salleh TimbalanPengerusi Tn Hj Zulkipli Timbalan Pengerusi 1 Tn Hj Zanarudin Bin Yaacob Timbalan Pengerusi 2 Tn Hj Junaidi Bin Abdullah Setiausaha Pn Rosmaidah Bt Mahmud Biro Kerjaya Pn Irmaniza Binti Ibrahim Biro Pembimbing Rakan Sebaya Pn Diyana Baiduri Binti Nik Mohd Naziman Biro Bimbingan Dan Kaunseling Pn Aini Binti Mohamad Biro Pengurusan Program Motivasi Pn Zulinawati Binti Abdullah Biro Penerbitan Pn Azilah Binti Zainal Rashid | ::CARTA ORGANISASI BBKK 2011:: Pengerusi
Bin Wan Abdullah Zawawi Bin Mohmmad Amran |
5.12.2011
Majlis Jamuan Peerpisahan Kaunselor Praktikal USIM 2011, Kak Shikin
Kali ini kita santai santai je.. tak perlu protokol sangat…
Pada 1 Mei 2011(Ahad) baru-baru ni,kami pihak PRS telah membuat satu program yang ‘surprise’ buat dua orang kaunselor praktikal di sekolah kami… Mereka ialah : Kak Wan Nurul Asyikin & Kak Nurul Ashikin…Memang nama mereka sama kan,sebab itulah kami memanggil mereka dengan panggilan Kak Syikin squared…haha..lucu kan..
Mereka akan menghabiskan masa di sekolah kami sehingga 5 Mei,Khamis…Mula-mula kami buat surprise kepada mereka…Kami ‘menipu’ mereka yang petang tersebut kita kan adakan kelas kemahiran PRS….Kak tu sedia macam-macam bahan untuk program,tapi bila mereka masuk dewan,mereka dikejutkan dengan letupan belon oleh dua orang tentera kami , Irfan dan Iqbal…
Meriah juga permulaan majlis tu…Dewan tersebut dihiasi dengan belon yang berwarna-warni…ini idea timbalan pengerusi BBKK tau.. Ust. Zanaruddin,PK 1 & Cg. Junaidi, PK KO hadir untuk merasmikan majlis….Majlis kami ‘Simple’ je…
Majlis dimulai dengan ucapan daripada cg. Rosmaidah…Guru penasihat BBKK 2011 dan seterusnya ucapan terima kasih daripada kak syikin squared…mereka berkata bahawa mereka tidak puas hati kerana tidak dapat membuat kelas kemahiran PRS buat kali terakhir..mereka berjanji akan melaksanakannya pada hari ‘last’ nanti..
Penolong kanan Pentadbiran turut memberi ucapan….Selepas itu,
KITA MAKAN….
Macam-macam gelagat dapat dilihat….Cikgu rosmaidah kata macam tinggal kat Palestin,bunyi belon astik meletup aje sepanjang program,kecut perut dibuatnya…Nasi ayam yang ditempah oleh Hafizi,exco ekonomi dan pengurusan memang sedap sekali… Kuih-kuih pun sedap juga…
Selepas habis makan,kami melakukan acara memecahkan belon beramai-ramai…kali ni memang betul-betul macam kat Palestin..haha…
Seronok Betul…
Majlis berakhir lebih kurang pukul 5.00 petang…. Semua tetamu bersurai setelah cg. Rosmaidah menyerahkan hadiah penghargaan kepada kak syikin squared…
Pengalaman PRS yang terhebat…. Memang sesuai digelar Power Rangers Sekolah….
Sekian sahaja coretan buat kali ini…. Wassalam….
4.15.2011
Jamuan Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya 2010 yang tertunda
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada 4 Mac 2011 ( Jumaat) kami berjaya mengadakan majlis makan malam perpisahan kaunselor dan PRS 2010….Majlis ini akhirnya Berjaya diadakan setelah hampir setahun tertunda….Kaunselor kami yang bernama Ustaz Efendy kini bekerja di pejabat polis di Kedah Darul Aman.Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 Mac 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Restoran New Horizon Garden
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi BBKK 2010 , Nik Muhammad Farhan Hakim, beliau berkata bahawa walaupun ramai cikgu tidak dapat hadir,tetapi majlis pada mala mini tetap meriah. Pengetua sekolah diwakili oleh Encik Shafiee Zakaria.Pengetua tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Ust. Efendy selaku kaunselor MML 2010 turut memberi ucapan.Beliau memberitahu bahawa kaunseling mempunyai kerjaya yang luas di Negara kita.Beliau berharap semua pelajar MML Berjaya di dunia dan di akhirat..Insyaallah…
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang puteri daripada USIM, Kak Nurul dan Kak Wan..Which A.K.A. Kak Syikin squared….Tc. Raihanah mewakili guru penasihat BBKK 2011 hadir memeriahkan majlis pada malam ini…..
Sekian, wassalam.