11.25.2011

PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID UPU

1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 adalah melalui
Aplikasi Dalam Talian sahaja. Pelajar boleh melayari Laman Web Rasmi
Kemasukan secara percuma di URL http://upu.mohe.gov.my/ untuk
mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA.

2. Bagi mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor
Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian
Nombor Unik ID adalah seperti berikut:


  • PEMBELIAN SECARA PUKAL ( MELALUI SEKOLAH)



i. Pembelian mulai 8 hingga 30 November 2011


ii. Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja.


iii. Harga RM10.60 seorang


iv. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon perlu disertakan semasa pembelian.


  • PEMBELIAN INDIVIDU (NAK BELI SENDIRI)

i. Pembelian mulai 9 Januari hingga 2 April 2011


ii. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking dan Perbankan Internet.


iii. Harga RM10.60 seorang


iv. Salinan Kad Pengenalan/My Kad calon perlu dikemukakan semasa pembelian .



3. Sekolah boleh membuat pembelian Nombor Unik ID secara pesanan pukal terus dari mana-mana cawangan BSN dengan melengkapkan butiran yang diperlukan di BPKP- 32C (Borang BPKP-32C dan Lampiran A hanya untuk kegunaan BSN sahaja dan tidak perlu dihantar ke BPKP JPT).


4. BSN akan menyerahkan Nombor Unik ID yang dipesan terus kepada wakil sekolah berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui.


5. Nombor Unik ID ini WAJIB digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA di FASA 2 mulai 9 Januari hingga 2 April 2012.


* KePada SeMua Pelajar mML , anda boleh membeli nombor pin UPU di bilik kaunseling dengan harga RM11.00 sahaja (termasuk kos perkhidmatan)...
Tarikh tutup : 27 November 2011...
(Kaunter juga dibuka pada hari cuti)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels