9.18.2009

LAILATUL QADAR

Bismillahirrahmanirrahim

Salam wbt


Ramadhan makin berlalu pergi. hanya berbaki kurang seminggu utk kita manfaatkan hari2 terakhir yg penuh barokah ini. Bertanyakan khbar iman sahabat2ku, semuanya tgah 'speed' utk khtam quran. kebanyakkannya sudah memasuki fasa pengakhiran juzu'. dan ade juga yg masih di pertengahan. ade juga yg sudah mengkhatamkannya malah mengulangi bacaannya semula. subhanallah. hebat. alhamdulillah. Moga beroleh keberkatan dan ketenangan melalui pembacaannya.



10 hari terakhir ni juga seelok2nya kite pertambahkan amalan2 kita. beriktikaf di msjid dan mmperbanyakkan qiamullail insyaAllah akan mmberi nikmat ketenangan hati yng luar biase. Antara 10 mlm terakhir ini, Allah anugerahkan satu malam yang lbih baik dri 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Diterangkan, antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :


1) Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tdak terlalu sejuk.



" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadar {1}. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu {2}. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan {3}Pada malam itu, turun para malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan {4}. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar {5}.


surah al-Qadr 1-5.


2) Terbit matahari paa pagi esok harinya dalam keadaan putih brsih, bgaikan bln purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.


3) Tidak terasa kpnasan pda siangnya, wlpun mthari sgt cerah dan terang benderang.


Malam lailatul Qadar adalah malam yang disembunyikan waktu berlakunya. Allah menyembunyikan malam ini adalah supaya :


1) Supaya kita sntiasa berusaha utk mendapatkannya dgn cara memperbanyakkan ibadah pada waku malamnya dan sentiasa memohon keampunan driNya.


2) Supaya ibadah pada 10mlm terakhir kit lebih terisi dan bermanfaat.


3) Melatih kite spy sntiasa berdoa mengharapkan keampunan dari Allah dan memohon supaya Allah menerima amal ibadat ramadhan kita.



sumber : brosure JIM
~wallahualam~



slmt 'bershopping' di 10 mlm terakhir. rebut ganjaran2 lumyan dri Allah sbelum megasale Ramadhan berakhir. Mog semua beroleh ketenangan dan kerahmatan dari Allah swt. Selamat memantapkan iman. Ameen Ya Rabbal Alamiin... :)

8.04.2009

Nisfu(separuh) Syaaban


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini


  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)




7.22.2009

PeNg@j@ran drpd Isra' wal M!kraJ

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Sidang jamaah yang dihormati,

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

disebalik Isra' wal Mikraj sbgai penguat IMAN

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

MasyaAllah !! Setelah 9 bulan perjalanan, Amerika menjejakkan alatnya di planet Marikh pada 25.6.2008 lalu dan hari ini menunjukkan fotonya kepada umat manusia di bumi. Tanah Marikh diambil dan dianalisa. Foto ini boleh tiba ke bumi dengan pantasnya, melalui perantaraan apa? Orang kafir sibuk meneroka alam baru sedang umat Islam pula sibuk melayan tuntutan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan bercakaran sesama sendiri.

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Tidak seperti roket yang hanya dipakai buang sekali sahaja disetiap pelancaran dan operasi, “space shuttle” berjaya dicipta Amerika bertindak seperti teksi antara langit dan bumi, boleh diguna berulangkali. Setakat ini 4 buah space shuttle iaitu Columbia (dilancarkan pada 12.4.1981, tepat 20 tahun selepas Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasalepas), Challenger, Endeavour dan Atlantis telah dihasilkan. Tiap satu memakan belanja setahun budget seluruh negara sedang membangun di dunia.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Ini foto bersejarah kerana kali pertama foto bumi diambil dari angkasalepas (pada ketinggian 300 kilometer). Foto ini diambil oleh Yuri Gagarin, angkasawan Rusia dan manusia ketiga ke angkasalepas pada 12.4.1961, selepas Nabi Isa as (selepas percubaan membunuhnya) dan Rasulullah saw (dalam peristiwa Israk Mikraj).

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Masjid Kubah Batu (Pelancaran), di tengah-tengah Masjidil Aqsa, Palestin. Di sini tempat pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 petala langit dan Baitul Makmur. Hari ini ia ditawan oleh Yahudi yang dilaknat Allah swt. Pembebasannya sebelum Hari Kiamat dijamin Allah swt. Bila ? Siapa pembebasnya ? Apa ciri-ciri mereka ? Bagaimana mereka dididik (dihasilkan) ?

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

4.01.2009

April Fool !!!!!!!!!!!!!!!!

Dari mane datangnye april fool ni???

Tersebut al-kisah di Andalusia,bukan anak dara tua lanjut usia,tetapi kini dipanggil Sepanyol.Lame Islam bertapak di Granada,Andalusia,berkurun- kurun tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.Yang malunya,Islam ketika itu boleh dikatakan memerintah seluruh dunia namun kalah kepada 2 kuasa Kristian yang pada awalnya berpecah tetapi bersatu sebab ingin kalahkan Islam di Andalusia.

Penduduk-penduduk Islam di Andalusia terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam.Mereka bermadah.

Penduduk-penduduk muslim yang bersembunyi di dalam rumah diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Andalusia dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Memang sah ade kapal.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.Tyme nilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah umat Islam.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.



April Fool : Antara Gurauan dan Penipuan

Seorang ketua tokoh ulama' terkenal iaitu Dr. Yusuf A-Qaradawi telah mengeluarkan suatu fatwa yang berkisar tentang larangan menyambut April Fool. Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa itu juga menegaskan bahawa menyambut April Fool bererti menyambut penipuan, pembohongan dan pendustaan yang nyata, jelas, serta terang lagi bersuluh yang sangat dilarang dalam Islam.

Dalam fatwa beliau yang terbaru sebelum memasuki bulan April, Dr. Qaradhawi berbicara dalam Islamonline ," April Fool atau kedustaan April adalah HARAM kerana ini jelas menunjukkan pembohongan dengan memaklumkan kepada orang lain kepalsuan dan kegelisahan. Rasulullah bersabda, " Tidak boleh seorang Muslim membuat takut seorang saudaranya yang lain walaupun bertujuan untuk bercanda dan bergurau"

Alasan pengharaman April Fool dihuraikan beliau dalam empat hal:

  1. Kerana pendustaan. Dusta bukan akhlak seorang beriman tapi seorang yang bernama munafiq. Sabda Baginda, " Tanda orang munafik itu ada tiga, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia ingkar, dan bila diberi amanah dia khianat." Dalam Hadith lain Rasulullah bersabda, " Ada empat perkara bila semuanya berkumpul pada diri seseorang maka dia adalah munafik. Salah satunya ialah dusta."
  2. Kerana dusta adalah akhlak yang menolak kebelakang keimanan. Rasulullah ditanya adakah seorang mukmin boleh menjadi seorang yang pengecut? Maka Baginda menjawab "Ya". Orang itu bertanya lagi, adakah seorang mukmin boleh menjadi seorang yang kedekut? Maka Baginda menjawab "Ya". Orang itu bertanya lagi, adakah seornag mukmin boleh menjadi seorang pendusta? Maka Baginda menawab " TIDAK".
  3. Dusta adalah pengkhianat terhadap sahabat dan teman. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sebesar-sebesar pengkhianatan adalah apabila engkau berbicara dengan sahabatmu dengan perkataan yang dia anggap engkau jujur,sedangkan engkau berdusta kepadanya"
  4. Terakhir, April Fool termasuk dalam taqlid a'ma ( mengikut secara membabi buta ), terhadap kebiasaan non Muslim. Kita sebagai umat yang dijadikan Allah sebagai umat pertengahan tidak boleh mengikuti adat orang bukan Muslim yang suka melakukan pembohongan, pendustaan dan pengkhianatan. Kita juga tidak boleh mencampurkan antara yang baik dan yang buruk.
Beliau juga turut menghuraikan pendustaan yang diharamkan seperti pembohongan dalam perniagaan iaitu dengan mempamerkan kompetiri yang menyimpang dalam publikasi dan iklan. Ada juga pendustaan yang dibolehkan seperti untuk mendamaikan suami isteri.

Macam tu lah...pernah dengar tipu sunat???? Tipu makruh?? Tipu wajib??? Tipu harus???? Tipu haram???? Tak ada istilah macam tu kecuali tipu yang diharuska n dalam Islam untuk kes-kes yang tertentu seperti yang dikatakan Dr. Yusuf tadi. Kita boleh menipu dalam kes-kes yang tertentu tetapi haram menipu dalam kes-kes yang bertujuan seperti yang macam kat atas tadi. So, pandai menipu pandai lah tanggung.

Anyway, April ni jangan tanam azam untuk kerja-kerja menipu jer, cuba2 la tanam azam nak work harder ke, improve diri ke, format iman ke....jangan la nak hantar2 virus bangang dan bahlol kat orang, jangan la buat crita2 najis nak kenakan orang, coz mulut, badan binasa.......pandai2 lah korang tanggung akibatnya!!!!!!!!!!!!!!

3.27.2009

MuSL!M@H S0LeH@H mmg X GUNA

jgn terkejut dengan tajuk..Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
- di copy n paste untuk peringatan -

3.19.2009

IkaN?!

SATU lagi pendekatan yang sangat berkesan untuk melawan tekanan mental ialah berbicara dengan ikan. Dari sudut psikologi, hidupan air sebenarnya dapat memahami dan berempati dengan manusia. Lihat saja apabila anda memberi makan, apabila masuk atau beredar atau ketika anda membuat kerja seharian, seolah-olah hidupan air ini ingin mendampingi, 'mendengar' dan 'berbicara' dengan anda. Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Doolittle. "Oh, alangkah baiknya kalau kita dapat berbicara dengan haiwan".

Saya sendiri amat menggemari ikan emas dan koi. Di samping warnanya yang berkilau-kilauan, khususnya ikan emas, kelicinan pergerakannya menarik minat saya. Gelekannya begitu lancar dan berseni sekali sehingga anda boleh terpukau hanya dengan memerhatikannya berenang ke sana sini dan terlekat di cermin tangki berjam-jam lamanya.

Anda seolah-olah dijemput menyertainya dalam dunia marin dan untuk beberapa saat yang ajaib, anda dapat melupakan beban dan kerisauan dunia luar. Jika anda melihat mulutnya yang terbuka dan tertutup tanpa mengenal penat itu dengan lebih dekat, anda dapat membayangkan ikan itu berucap berulang kali "Sayangkan diri anda. Sayangkan diri anda. Sayangkan diri anda..."

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan dan air mempunyai kesan yang menyejukkan. Ada juga orang mempercayai ikan, khususnya ikan kaloi, dapat menghalang kesan pukau (hipnosis melalui ilmu hitam bagi niat buruk) dalam rumah tuannya. Saya sendiri tidak dapat menjamin kebenaran sifat keajaiban lain ikan itu. Bagi saya, memadai yang ikan itu sebagai cara mudah untuk bersantai.

Hanya 20 saat memerhatikan ikan itu berenang tanpa sebarang beban di dunia adalah penawar terbaik yang dapat saya syorkan kepada jiwa yang keletihan dan tertekan. Kalau tidak, mengapa pula bank, hospital, kompleks beli-belah hinggakan lapangan terbang pun sudah mula meletakkan akuarium dan kolam ikan di premis mereka?

Haiwan dapat merasai kesedihan manusia
Banyak yang ditulis mengenai empati semula jadi haiwan kepada manusia. Tanyalah sesiapa yang memiliki binatang kesayangan dan dia akan menceritakan kepada anda mengenai kepekaan binatang kesayangan itu kepada angin dan emosinya. Haiwan bergerak balas kepada kegembiraan dan keterujaan kita dan menumpang saat bahagia kita. Haiwan juga dapat berasa kesedihan kita dan akan cuba menenangkan serta melindungi kita.

Kita sering kali mendengar kisah mengenai binatang kesayangan setia yang sudah mengembara berjauhan semata-mata untuk mencari tuannya dan mengenai binatang kesayangan yang masih sabar menunggu kepulangan tuan yang sudah pun meninggal dunia. Banyak lagi yang mati kerana merindui tuan mereka.

Gerak hati haiwan tidak terhad kepada emosi manusia. Ada kes yang mencatatkan bagaimana haiwan sudah meramalkan gempa bumi dan banjir yang akan datang. Pada tahap yang berlainan, ada haiwan yang menunjukkan kebolehan meramalkan masa depan, dengan memperlihatkan kelakuan yang ganjil seolah-olah mereka ada peran bencana akan menimpa.

Binatang kesayangan dapat memberi kesan terapeutik ke atas manusia. Beberapa hospital kanak-kanak sudah menggunakannya untuk membantu pemulihan pesakit mereka. Hospital lain menggunakan binatang kesayangan sebagai alat untuk menenangkan dan mengurangkan penderitaan pesakit yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Ikan lumba-lumba dan kuda digunakan untuk menolong orang cacat berhubung dengan persekitarannya. Di Jepun, binatang kesayangan menjadi cara yang berkesan untuk melawan tekanan mental yang dihadapi oleh eksekutif syarikat hinggakan pelbagai syarikat mula menyewakan haiwan kepada eksekutif mereka. Eksekutif itu dikehendaki berbicara dan bermain dengan haiwan itu ketika di rumah dan sewaktu bekerja, haiwan itu dijaga oleh kakitangan daripada syarikat binatang kesayangan itu.

3.05.2009

Maulidur Rasul

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  1. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

  1. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  1. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

  1. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

  1. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

  1. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

  1. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

  1. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang
telah ditukar menjadi muzium.



Fungsi Otak Kanan dan Kiri

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.

Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.

Antaranya seperti:

  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik

Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.

Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.

Sumber:Motivasi Diri

3.04.2009

Lawatan ke SMKA Naim Lilbanat






GuRu Pengiring MML Sempat BeramaH Mesra
dengan Guru-guru Kaunseling Naim



More Picture (Click Here)

Lawatan ke SMKA Naim Lilbanat pada 17 Februari yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri perlaksanaan tugas PRS SMKA Naim Lilbanat di samping bertukar maklumat tentang perancangan bagi PRS.

Gembira slalu!
kurangkan streSs~

Kem Kemahiran PRS dan Majlis Ikrar PRS

Besh!!
Kemahiran PRS 1 Bersama 'Pok Udo'
[Kaunselor SMKA Falahiah]




More Picture (Click Here)

Pada 12 dan 13 Februari yang lalu, telah diadakan liqa' bulanan untuk ahli PRS MML. Semua PRS diwajibkan hadir untuk program ini dan telah diadakan juga kem kemahiran 1 PRS dan majlis ikrar PRS. Program ini dapat memberi pendedahan kepada PRS yang baru dan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah dalam kalangan ahli PRS.



10 Perangkap Syaitan

10 Perangkap Syaitan
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:


1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)


4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).


8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.


10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)


Sumber : iluvislam.com~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels