12.26.2011

Ciri - Ciri Pelajar Cemerlang

Photos taken from : Rehlah Damai Siri 2 2010

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)



Dipetik Daripada :

Rajin Berusaha Tangga Kejayaan


Salam Tahun Baharu kepada kawan-kawan yang bakal memulakan sesi persekolahan 2012. Harapnya kawan-kawan dah bersedia untuk sesi pembelajaran pada tahun depan. Hari ini, kita akan berkongsi tentang "Rajin Berusaha".

Kelahiran pelajar cemerlang berhasil daripada sikap seseorang pelajar yang rajin berusaha. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang diidam-idamkan. Setiap individu mempunyai kerajinan dalam diri dan hanya menunggu untuk digilap sahaja.

Sikap rajin berusaha dapat dizahirkan dalam perbuatan pelajar sehari-hari. Setiap pelajar yang rajin berusaha akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan sumber-sumber yang berkaitan dengan pembelajaran bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Pelbagai sumber akan diterokai oleh mereka, antaranya ialah melalui Internet, guru-guru yang berpengalaman, mencari maklumat di perpustakaan dan sebagainya.


Semua yang dinyatakan diatas bergantung kepada diri kita sendiri. Bak kata Kesha (penyanyi Amerika Syarikat), "We Are Who We Are". Kitalah yang bertanggungjawab mejadikan kita sebagai orang yang berjaya ataupun tidak. Jadi, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan dan seterusnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Salam kejayaan dari kami. InsyaAllah. :)

12.18.2011

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia

Video : Lagu Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia beserta Lirik..



Halatuju Selepas PMR 2011 ??

Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang budiman,

Harap semua yang berada disini berada dalam keadaan sihat walafiat dan gembira hendaknya.. Hurmm.. Ada khabar angin menyatakan bahawa result Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali sebagai PMR akan keluar pada minggu ke-3 dalam bulan Disember ni iaitu pada 22 Disember 2011 atau 23 Disember 2011.. Adik2 form 3 mesti dah tak sabar2 nak ambik result kan.. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum menyatakan tarikh sebenar pembahagian result PMR 2011.. Kepada yang beragama Islam, teruskan berdoa dan bertawakkal kepada Allah.. Ingat, adik2.. Result yang akan keluar tak lama lagi ni, semuanya merupakan suratan takdir daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui.. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. :)

Selepas mendapat result, adik2 hendaklah berbincang dengan ibubapa masing2 tentang halatuju adik2 selepas PMR.. Penentuan aliran selepas ini merupakan keputusan terpenting yang perlu dibuat kerana adik2 akan meneruskan pembelajaran adik2 di Tingkatan 4 dan 5 dalam aliran Sains Tulen, Sastera, Vokasional mahupun Perdagangan.. Terdapat banyak sekolah aliran vokasional di Malaysia.. Inilah antaranya : (tekan disini).. Oleh itu, adik2 perlulah melakukan pilihan yang bijak sebelum memilih aliran yang diminati bersesuaian dengan kecenderungan adik2..

Link ini mungkin boleh membantu adik2 dalam pemilihan aliran : TEKAN DISINI..
Selamat Bejaya!!

12.13.2011

Rehlah Damai Siri 2 2011

Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Badan Pengawas, Badan Latihan Dan Kepimpinan Islam, dan Badan Asrama telah menganjurkan satu program khusus untuk para pelajar yang terpilih yang dinamakan sebagai Rehlah Damai.

Rehlah Damai merupakan satu program yang menghimpunkan pelajar-pelajar yang ingin melepaskan tekanan atau release tension setelah beberapa bulan pengajian. Program ini juga diadakan untuk membantu para pelajar yang terpilih untuk menyelami potensi diri disamping menyerlahkan bakat yang terpendam selama ini.

Pelajar yang terpilih untuk program Rehlah Damai Siri Ke-2 ini terdiri daripada para pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Pihak kami telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya ialah :
  • Kolaj (melukis logo kumpulan diatas kertas mahjong..macam2 gambar yang dilukis.. semuanya mempunyai makna tersendiri.. hehe)
  • 'Nite of Soulful Stars' (wow..aktiviti ape ni ek..?sbnarya malam kebudayaan je ni.. dyorang berlakon berdsrkn tema yg diberikan oleh pihak urusetia..Etika pemarkahan oleh juri yang xseberapa bertauliah - lebih lucu, lebih markah.. ha3..
  • 'Who Wants to be an Engineer ??' (phak urusetia mengagihkan straw kpd para peserta dn mereka dikehendaki mncantumkan kesemua straw2 tersebut membentuk sesuatu.. ada yang reka kapal terbang, ada yang buat rumah..macam2lah..
  • Hurmm.. bnyak lagi.. tp takkan nk tulis semua kot.. tngok sndirilah dlm video yang pihak kami buat khas untuk anda semua.. Enjoy !!


InspiRaSe 2012

Nantikan kemunculan Buletin Rasmi Pembimbing Rakan Sebaya Maahad Muhammadi Lelaki pada tahun hadapan. InsyaAllah, InspiRaSe akan diberi nafas baru oleh Exco Penerbitan BBKK 2012, Saudara Mohamad Ilhami bin Ali Hanafiah. Sebarang feedback positif mahupun negatif amatlah dialu-alukan daripada sidang pembaca. bantulah pihak kami untuk menjadikan InspiRaSe buletin yang terbaik dan dapat memenuhi kehendak pembaca. Terima kasih.

12.07.2011

Semakan Tempat National Service Programme (NSP)



Assalamualaikum,




Perhatian kepada semua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang telah menghadapi SPM SPM 2011 atau anak2 kelahiran 1994.... kepada sesiapa yang bertuah kerana terpilih untuk menyertai National Service Programme (NSP) a.k.a. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Anda boleh menyemak lokasi kem PLKN masa melapor diri Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 sesi 2012....




12.02.2011

PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN ( FASA 1)

Pemohon Lepasan SPM/Setaraf dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian melalui dua (2) Fasa iaitu :
i. Fasa 1 : Pendaftaran Maklumat Permohonan (15 November – 31 Disember 2011)
ii. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Program Pengajian
(9 Januari – 2 April 2012)


1. FASA 1 ( Pendaftaran maklumat Permohonan - tak perlu buat pemilihan program pengajian lagi )
  • Pemohon perlu melayari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier http://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang permohonan kemasukan ke IPTA.
  • Aplikasi dalam talian akan dibuka mulai am 12 Tengah Hari 15 November hingga 31 Disember 2011
  • Tatacara mengemukakan permohonan :
- Layari Laman web http://upu.mohe.gov.my atau Klik di sini
- Masukkan butiran berikut :
a) Nombor Kad Pengenalan / My Kad
b) Kata laluan ciptaan sendiri ( 6-8 aksara/alphanumeric) dan pengesahan kata laluan (kata laluan ini wajib disimpan untuk memasuki Fasa 2)
c) Kategori Permohonan
d) Kod sekolah
e) Maklumat kokurikulum (CGPA)

  • Cetak setelah selesai - Wajib Print
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 kali permohonan & 3 kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Nota : Pemohon yang telah memohon Fasa 1 wajib memohon semula Fasa 2 bagi mengesahkan permohonan.


Maklumat Lanjut, Klik di sini

Anda juga boleh mendapat maklumat panduan mengisi borang yang lebih detail...


Nantikan panduan untuk Fasa 2 dalam post akan datang......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels