2.26.2010

Rehlah Damai ( REDA '10 )

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sayang buat pengunjung blog PRS..

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih dapat meneruskan kehidupan yang murni ini. Anugerah akal yang diberi khusus untuk manusia sewajarnya disyukuri oleh setiap manusia.

Sejak awal tahun baru-baru ini, Maahad Muhammadi Lelaki menerima pelajar baru khususnya pelajar tingkatan satu. Mereka bagaikan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolah ini. Sejak awal-awal lagi, mereka menghadiri program Minggu Taaruf dan Thaqafah Islamiyyah (MIFTAH '10) yang dianjurkan oleh pihak Badan Latihan dan Kepimpinan Islam ( BALKIS ).

Sejak awal tahun jugalah ramai pelajar tingkatan satu, khususnya yang tinggal di asrama mula rasa tidak selesa atau masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang pastinya berlainan, terutama sekali apabila mereka melangkah dari alam persekolahan di tahap rendah ke tahap menengah.

Ada dalam kalangan pelajar ini mula rasa rindu akan keluarga nun jauh di mata [homesick]. Mereka bagaikan tidak dapat berpisah dengan keluarga, mungkin kerana masih belum dapat menyesuaikan diri. Ada antara mereka yang menangis untuk pulang ke rumah kerana teringat akan keluarga..

Justeru itu, kami selaku pihak Badan Bimbingan Kaunseling Dan kerjaya ( BBKK ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) dan juga Badan Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz menganjurkan sebuah program dinamakan..REHLAH DAMAI...butiran program sebagaimana berikut:
Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Seri Pantai Chalet, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.

Pendaftaran mula dibuka seawal jam 8 pagi..para pelajar tingkatan memberi kerjasama yang baik apabila sanggup berkumpul beramai-ramai sejak awal pagi..kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas tentang program..kami kemudiannya beransur-ansur menaiki bas dan bertolak..


Click Here For More Photos

setelah tiba di sana..banyak 'game' telah diadakan hasil perbincangan dengan urusetia-urusetia tentang permainan yang ingin diadakan.Antaranya Sand War, Istana Pasir, Tarik Tali, Bola Sepak, Perang Belon dan lain-lain.Pelajar -pelajar tingkatan satu juga berpeluang menikmati perkelahan di tepi pantai sambil menikmati makanan yang enak-enak..nasi goreng,keropok dan macam-macam lagi..

Alhamdulillah program berjalan lancar.Setelah laungan azan asar dilaungkan,kami berhenti dan bersiap untuk solat.Selepas selesai solat, kami adakan sedkit jamuan kecil dan kemudiannya mengadakan gotong royong.

Kami kemudiannya bertolak pulang.

Di sini kami warga kerja BBKK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Syukran Jazillan

Wassalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels