4.15.2011

Jamuan Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya 2010 yang tertunda

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 4 Mac 2011 ( Jumaat) kami berjaya mengadakan majlis makan malam perpisahan kaunselor dan PRS 2010….Majlis ini akhirnya Berjaya diadakan setelah hampir setahun tertunda….Kaunselor kami yang bernama Ustaz Efendy kini bekerja di pejabat polis di Kedah Darul Aman.Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 Mac 2011

Hari : Jumaat

Tempat : Restoran New Horizon Garden

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi BBKK 2010 , Nik Muhammad Farhan Hakim, beliau berkata bahawa walaupun ramai cikgu tidak dapat hadir,tetapi majlis pada mala mini tetap meriah. Pengetua sekolah diwakili oleh Encik Shafiee Zakaria.Pengetua tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ust. Efendy selaku kaunselor MML 2010 turut memberi ucapan.Beliau memberitahu bahawa kaunseling mempunyai kerjaya yang luas di Negara kita.Beliau berharap semua pelajar MML Berjaya di dunia dan di akhirat..Insyaallah…

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang puteri daripada USIM, Kak Nurul dan Kak Wan..Which A.K.A. Kak Syikin squared….Tc. Raihanah mewakili guru penasihat BBKK 2011 hadir memeriahkan majlis pada malam ini…..

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels