5.12.2011

Majlis Jamuan Peerpisahan Kaunselor Praktikal USIM 2011, Kak Shikin

Assalamualaikum,

Kali ini kita santai santai je.. tak perlu protokol sangat…

Pada 1 Mei 2011(Ahad) baru-baru ni,kami pihak PRS telah membuat satu program yang ‘surprise’ buat dua orang kaunselor praktikal di sekolah kami… Mereka ialah : Kak Wan Nurul Asyikin & Kak Nurul Ashikin…Memang nama mereka sama kan,sebab itulah kami memanggil mereka dengan panggilan Kak Syikin squared…haha..lucu kan..

Mereka akan menghabiskan masa di sekolah kami sehingga 5 Mei,Khamis…Mula-mula kami buat surprise kepada mereka…Kami ‘menipu’ mereka yang petang tersebut kita kan adakan kelas kemahiran PRS….Kak tu sedia macam-macam bahan untuk program,tapi bila mereka masuk dewan,mereka dikejutkan dengan letupan belon oleh dua orang tentera kami , Irfan dan Iqbal…

Meriah juga permulaan majlis tu…Dewan tersebut dihiasi dengan belon yang berwarna-warni…ini idea timbalan pengerusi BBKK tau.. Ust. Zanaruddin,PK 1 & Cg. Junaidi, PK KO hadir untuk merasmikan majlis….Majlis kami ‘Simple’ je…

Majlis dimulai dengan ucapan daripada cg. Rosmaidah…Guru penasihat BBKK 2011 dan seterusnya ucapan terima kasih daripada kak syikin squared…mereka berkata bahawa mereka tidak puas hati kerana tidak dapat membuat kelas kemahiran PRS buat kali terakhir..mereka berjanji akan melaksanakannya pada hari ‘last’ nanti..

Penolong kanan Pentadbiran turut memberi ucapan….Selepas itu,

KITA MAKAN….

Macam-macam gelagat dapat dilihat….Cikgu rosmaidah kata macam tinggal kat Palestin,bunyi belon astik meletup aje sepanjang program,kecut perut dibuatnya…Nasi ayam yang ditempah oleh Hafizi,exco ekonomi dan pengurusan memang sedap sekali… Kuih-kuih pun sedap juga…

Selepas habis makan,kami melakukan acara memecahkan belon beramai-ramai…kali ni memang betul-betul macam kat Palestin..haha…

Seronok Betul…

Majlis berakhir lebih kurang pukul 5.00 petang…. Semua tetamu bersurai setelah cg. Rosmaidah menyerahkan hadiah penghargaan kepada kak syikin squared…

Pengalaman PRS yang terhebat…. Memang sesuai digelar Power Rangers Sekolah….

Sekian sahaja coretan buat kali ini…. Wassalam….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels