i. Fasa 1 : Pendaftaran Maklumat Permohonan (15 November – 31 Disember 2011)
ii. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Program Pengajian
(9 Januari – 2 April 2012)
1. FASA 1 ( Pendaftaran maklumat Permohonan - tak perlu buat pemilihan program pengajian lagi )
- Pemohon perlu melayari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier http://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang permohonan kemasukan ke IPTA.
- Aplikasi dalam talian akan dibuka mulai am 12 Tengah Hari 15 November hingga 31 Disember 2011
- Tatacara mengemukakan permohonan :
- Masukkan butiran berikut :
a) Nombor Kad Pengenalan / My Kad
b) Kata laluan ciptaan sendiri ( 6-8 aksara/alphanumeric) dan pengesahan kata laluan (kata laluan ini wajib disimpan untuk memasuki Fasa 2)
c) Kategori Permohonan
d) Kod sekolah
e) Maklumat kokurikulum (CGPA)
- Cetak setelah selesai - Wajib Print
- Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 kali permohonan & 3 kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
Nota : Pemohon yang telah memohon Fasa 1 wajib memohon semula Fasa 2 bagi mengesahkan permohonan.
Maklumat Lanjut, Klik di sini
Anda juga boleh mendapat maklumat panduan mengisi borang yang lebih detail...
Nantikan panduan untuk Fasa 2 dalam post akan datang......
No comments:
Post a Comment