2.29.2012

REDA siri 1(rehlah damai siri 1)

ALHAMDULILLAH...
sekali lagi BADAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MML(BBKKMML)
telah dapat menjayakan program rehlah damai siri 1 (REDA 1) khas untuk adik-2 tingkatan 1 dari luar negeri yg tnggl d asrama sekolah kami.program ini berjalan dgn lancar sekali..program ini dijayakan di PANTAI MELAWI..program ini dijalankan adalah untuk menghilangkan 'homesick' adik-2 kami selain memperkenalkan ahli PRS kepada adik-2....diharap adik-2 akan dpt meneruskan pembelajaran di bumi MAAHAD MUHAMMADI LELAKI...

NAK TENGOK GAMBAR???
kt galeri album la.........
:)

2.20.2012

KEM SUAI KENAL

alhamdullih...baru-baru ini kami telah menjayakan kem suai kenal prs 2012 bertempat di sekolah kami..kem ini telah berjaya memberi sedikit sebanyak pendedahan tentang apa itu prs dan juga cara-cara menjadi ahli prs yg brjaya...moga-moga semua ahli dapat menggunakan ilmu yg dicurah semasa kem ini untuk membantu diri mereka dan sekali gus membantu rakan sebaya mereka...INSYAALLAH.:)nl

2.15.2012

Pengurusan Masa Yang Baik bagi Seorang Pelajar

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)


Pembahagian Masa


Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.


Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan yang bermaksud :

Bersedialah


1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah


Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan

menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan

memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika

penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan

yang cemerlang.

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.

Kelemahansesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak

ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan

natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi

remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa

diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan

tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi(terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah

” Tersusun
dalam urusannya sehingga menjadikan
kehidupannya teratur dalam segala hal
yang menjadi tanggung jawab dan
amanahnya. Dapat menyelesaikan semua
masalahnya dengan baik dengan cara yang
baik.”

~Uruslah masa mudamu sebaik mungkin...sebelum datang masa tua mu..masa senang sebelum masa sibuk...~

*Di sini pihak PRSMML ingin berkongsi 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang di sunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

1. Buatlah perencanaan


Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian


Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat


Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk


Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’


Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak


Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja


Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal


Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan


Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja


Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

semoga Allah swt memilih kita semua
tidak tergolong dalam kalangan orang yg rugi... amin
J

~prsmml@blogspot.com~

2.13.2012

Ubat Mujarab Stres

Ssungguhnya hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir. Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.

Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan. Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi segala ujian dalam hidup. Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.

Tip menghadapi Stres

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:

01.

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02.

Al-Quran jadikan amalan

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03.

Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04.

Selalu berdoa kepada Allah

Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. :D +

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels