9.10.2012

Peperiksaan semakin hampir :O `




Seperti kebiasaannya, apabila tiba waktu peperiksaan akhir semester..simptom-simptom mata panda tidak dapat dielakkan dikalangan pelajar. Bukan setakat itu sahaja, malah pada waktu inilah gejala demam, selsema, migrain, alahan kulit dll juga sering melanda. Ianya berpunca daripada tekanan, dan gangguan pada waktu tidur yang tidak seperti biasa. Apabila seseorang itu tidak cukup tidur, peratusan air dalam badannya berkurangan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan imunisasi dalam badan. Justeru badan menjadi lemah dan tidak dapat melawan serangan bakteria dan penyakit walhal habuk sekalipun.

Oleh itu, bagi mengelakan simptom-simpton diatas, digalakkan agar:
minum air masak dengan mencukupi (8 gelas sehari)
melakukan aktiviti riadah
tidur yang cukup
jangan bersendirian
jangan berlapar
kendalikan tekanan dengan sebaiknya
senyum selalu =D


Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan x lama lagi . Didoakan agar anda mempunyai kesihatan yang baik diwaktu-waktu kritikal sebegini serta dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Semoga berjaya dengan cemerlang..ameen =)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels