1.29.2010

Program Suai Kenal PRS

Bismillah
Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk update blog ini.

Alhamdulillah, pada 28 dan 29 Januari, Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Lelaki telah merancang dan melaksanakan program bagi memantapkan lagi PRSMML dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama PRS. Antara agenda program ini adalah untuk memberikan semangat baru kepada PRS 2010 dan insyaAllah dapat melahirkan PRS yang terbaik di bumi MML ini. Pendaftaran dimulakan pada pukul 3.30 petang 28 Januari dan semua PRS yang hadir kemudiannya berkumpul di dewan utama MML. Pengerusi BBKK memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan program. Setelah selesai solat asar, semua PRSMML kemudiannya dikumpulkan di padang sekolah. Di sini semua PRS perlu memperkenalkan diri dan saling mengenali antara satu sama lain.













Pada sebelah malamnya, semua PRS bergerak ke bilik APD MML bagi menyertai Bengkel Pengenalan PRS yang diuruskan sendiri oleh guru penasihat BBKK MML , Ustaz Efendy b Daud. Dalam bengkel ini, PRS telah diberi pendedahan tentang tugas PRS, etika PRS, falsafah PRS, prinsip PRS dan banyak lagi. Sesungguhnya banyak ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Efendy dan beliau sempat menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi kaunselor. Bengkel berakhir pada pukul 11.30 malam.
Keesokan harinya, 29 Januari 2010, pada pukul 7.45 pagi, PRSMML bergerak ke padang sekolah untuk aktiviti riadhah. Permainan pada pagi tersebut menceriakan PRS dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka. Pada pukul 9.00 pagi, sekali lagi PRS bergerak ke APD bagi aktiviti LDK. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan dan masing-masing diberikan tugasan untuk membentangkan apa yang mereka faham tentang PRS. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan PRS yang berketerampilan dan mempunyai kaedah dan teknik yang unik ketika bercakap di hadapan khalayak ramai.








Program ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Di sini kami warga kerja BBKK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Syukran Jazillan

Wassalam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels