1.14.2010

Membina Mindset Kejayaan

Untuk kita mencapai kejayaan, terlebih dahulu kita kena ada mindset kejayaan.

Kita kena membentuk minda kita supaya terarah kepada kejayaan, bukan kegagalan. Sudah pasti kita akan menempuh kegagalan-kegagalan dalam proses kita memburu kejayaan tapi dengan mindset kejayaan yang kita sudah bina, kita akan mampu bangkit balik dari kegagalan, tak kira kegagalan besar atau kegagalan kecil.

Mindset kejayaan yang pertama adalah: dalam apa jua yang kita lakukan, kena berstrategi, mesti mau ada BLUEPRINT.

Blueprint adalah istilah yang diberi pada sesebuah perancangan bertulis. Sebelum memulakan langkah, tuliskan strategi Anda di dalam sebuah buku khas, atau di dalam reminder kat dalam handphone.

Kemudian, baca buku tu setiap hari. Selain terus menerus berusaha, rekodkan perkembangan Anda. Selepas 7 hari, baca balik rekod perkembangan Anda.

Anda akan semakin optimis dengan usaha Anda kerana Anda dah nampak ia berhasil. Sejarah Islam sendiri ada kata, Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu dalam usaha Baginda menyebarkan Islam, Baginda berusaha dengan penuh berstrategi. Maka, begitu juga kita dalam usaha kita memburu kejayaan kena bertindak penuh berstrategi.


Mindset kejayaan yang kedua: berani mendepani kritikan

Tiap kali mendepani kritikan daripada beberapa orang yang ada di sekeliling anda (kengkawan Anda, ahli keluarga Anda) elak untuk melawan. Dengar saja.

Anda kena banyak bersabar. Dah lumrah dunia. Sesiapa saja yang nak berjaya dalam bidang yang dipilihnya, pasti akan ada tentangan. Dalam ramai-ramai yang menghalang impian Anda nak berjaya tu, akan ada beberapa orang yang menyokong Anda. Untuk berani mendepani kritikan, Anda hanya perlu tukar kritikan tu kepada motivasi dalaman sebaagi pendorong untuk Anda.

Gunakan ‘reverse psychology’. Anggaplah mereka mengkritik Anda kerana mereka mahu melihat Anda berjaya. Jadi, buktikan kepada mereka! Orang tak akan percaya selagi diorang tak nampak, so buktikan sesuatu. Nampakkan kerajinan Anda, perlihatkan hasil kerja keras Anda.

Orang sekeliling tetap akan kritik Anda, walaupun Anda tak memasang keinginan untuk berjaya dalam hidup. Anda orang biasa ke, orang luasa biasa ke, diorang tetap kritik punya. Itu sudah menjadi satu hal yang normal dalam masyarakat kita.

Anda kena terima hakikat tu. Anggap saja diorang nak Anda berjaya, sebab sekarang anda belum capai apa-apa pencapaian. Make them see who you are!


Mindset kejayaan yang ketiga: belajar apa yang perlu Anda tahu sahaja

Untuk berjaya, Anda tak perlu belajar menguasai 5 kemahiran sekaligus dalam satu masa. Anda tak akan dapat mencapai apa-apa bila Anda buat camtu. Fokus untuk menguasai 1 kemahiran saja pada satu masa supaya Anda berjaya.

Macam kita lempar batu ke dalam lubang. Andai kata kita nak beberapa biji batu ke dalam 5 lubang dalam masa yang sama, Anda rasa Anda boleh buat tak? Dah tentu tidak. Kita hanya boleh melempar beberapa biji batu ke dalam 1 lubang pada 1 masa.

Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan Anda, selagi cara yang Anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.

Anda tak perlu belajar 5 perkara dalam 1 masa. Belajar 1 perkara pada 1 masa dulu. Paling bagus, belajar apa yang Anda perlu, bukan yang Anda sekadar mahu tahu. Sebagai contoh, katakan Anda mahu berjaya dalam kerjaya anda sekarang ni.

Pelajari selok-belok kerjaya Anda, luar dalam dalam serta selidiki tahap-tahap yang perlu Anda capai untuk Anda berjaya dengan cukup cemerlang. Ingat lagi tak mindset pertama? Hidup kita kena ada strategi, mesti mau ada BLUEPRINT.

Belajar perkara-perkara yang perlu buat masa ini, lakukannya langkah demi langkah. Lama kelamaan, bila Anda konsisten melakukannya Anda tak akan sedar yang Anda dah belajar banyak perkara berkaitan bidang Anda.

Kuncinya adalah – jangan terlalu tamak nak berjaya dengan cepat. Kejayaan akan datang sendiri bila Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan mempelajari apa yang Anda perlu tahu saja. Orang yang cemerlang dan berjaya, dia kurang tahu semua perkara, tapi dia tahu banyak perkara berkaitan bidang.

Takkan Anda nak tanya jutawan internet banyak perkara tentang pertukangan kereta?

Dia mungkin boleh jawap, tapi tak detail. Contoh saja, contoh!

Sumber Nukilan Oleh Motivasi Kejayaan

1 comment:

  1. cadangan buat post y pendek2 saja
    cuba utk dapatkan follower

    pada masa y sama, printkan post2 ni dan tampal di papan kenyataan PRS..sbnrnye cara ini y ptot diteknkn sbb tak semua budak sekolah aktif facebook

    banykkan aktiviti dua hala y melibatkan respon pelajar...pelajar lg berminat mendengar suara mereka berbanding suara artikel y dicedok dr google

    juga adakan link dengan PRS sekolah laen, elakkan berada di bawah tempurung..barula pelajar2 sedar y dunia mereka sebnrnye luas

    sekadar perkongsian bekas pelajar MML y hina

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels