1.21.2010

Gotong Royong Perdana MML

Bismillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanggal 21 Januari 2010, MML telah dianugerahkan satu hari yang mana pada hari tersebut, kerjasama, toleransi dan sikap bertanggungjawab adalah perlu. Gotong Royong Perdana ini melibatkan semua guru, pelajar serta pihak pentadbiran sendiri.

Majlis dimulakan dengan thobur di padang sekolah. Diikuti dengan ucapan ringkas oleh Mudir MML, Ustaz Azhar b Salleh.Kemudian diikuti dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Ghazali berkenaan dengan bulan Safar.


Cikgu Sabariah telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan taklimat ringkas mengenai lokasi-lokasi untuk dibersihkan dan diceriakan. PRS MML telah diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan C8 ( taman sains MML ).

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan suasana MML dapat dilihat makin ceria daripada sebelumnya. Di sini kami PRS MML ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kebersihan dan Keceriaan MML dan pihak pentadbiran kerana menganjurkan Program Gotong Royong Perdana ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels