Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk update blog ini.
Alhamdulillah, pada 28 dan 29 Januari, Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Lelaki telah merancang dan melaksanakan program bagi memantapkan lagi PRSMML dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama PRS. Antara agenda program ini adalah untuk memberikan semangat baru kepada PRS 2010 dan insyaAllah dapat melahirkan PRS yang terbaik di bumi MML ini.
Pada sebelah malamnya, semua PRS bergerak ke bilik APD MML bagi menyertai Bengkel Pengenalan PRS yang diuruskan sendiri oleh guru penasihat BBKK MML , Ustaz Efendy b Daud. Dalam bengkel ini, PRS telah diberi pendedahan tentang tugas PRS, etika PRS, falsafah PRS, prinsip PRS dan banyak lagi. Sesungguhnya banyak ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Efendy dan beliau sempat menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi kaunselor. Bengkel berakhir pada pukul 11.30 malam.
Wassalam