3.05.2009

Fungsi Otak Kanan dan Kiri

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.

Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.

Antaranya seperti:

  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik

Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.

Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.

Sumber:Motivasi Diri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels