11.30.2011

PERBEZAAN MATRIKULASI DAN ASASI


Salam kemerdekaan kepada pelajar yang baru je habis SPM semalam....
tetapi kepada pelajar MML, kemerdekaan akan tiba 13 Disember nanti..

Baiklah, memandangkan exam SPM bakal habis,jadi sya nk terangkan skit pasal halaa tuju lepas SPM nanti.. Lepas SPM nanti peluang pengajian sangat luas.. Habis je SPM,antara peluang pengajian yg terbuka kpd pelajar ialah :

  • Matrikulasi
  • Asasi
  • STPM / STAM
  • Pengajian Luar negara
  • DLL....



Tapi ramai yang confuse...Ape beza Matrik dengan Asasi?? UPU tu ape?? Mane yg lebih baik,matrik ke, asasi?? macamane nak isi UPU?? tak tahu ape2 lah...
Ini antara soalan yg selalu ditanya oleh kebanyakan pelajar....

Matrikulasi merupakan pengajian yg boleh dikatakan jambatan ke Universiti...boleh dikatakan sama macam tingkatan enam cuma bezanya kita sudah terlepas daripada sistem persekolahan...suasana matrik macam kat universiti lah...

Matrikulasi ialah program bawak Kementerian pelajaran Malaysia...Asasi pulak bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...

Dalam pengajian Asasi, kita akan belajar perkara2 yg berkaitan dengan pilihan program yg bakal kita ambil...seperti sudah masuk dalam course yang kita pilih...

Matrikulasi pulak,kita akan belajar yg basic tentang aliran kita dan akan belajar tentang course yg bakal kta pilih...tapi jgn pandang rendah kat matrikulasi sbb sama2 akan masuk Universiti... Ramai pelajar lepasan matrikulasi mampu ke universiti pilihan... ambik medic pun ada...

Di UPU,kita belajar kat universiti yg menawarkan asasi untuk course yg kita pilih..contohnya asasi UM,UKM,UIA,UPM,Tamhidi USIM,dan byk lagi universiti tempatan...

Matrik pulak kita belajar kat Kolej Matrikulasi yang kita pillih masa permohonan matrikulasi pertengahan tahun baru2 ni..contohnya Kolej matrikulasi Kulim,Kolej Matrikulasi Selangor & byk lagi kolej lain.....

Oklah....

Jawapan untuk soalan "mane yg lebih baik, matrik or asasi??"

Sebenarnya semuanya baik untuk kita semua.... Semuanya atas pilihan kita...
BUAT PILIHAN YANG TERBAIK!!

Kalau rase mase belajar form 5 hari tu tak banyak yg dikuasai or banyak tak faham lagi...jd baik ambik matrikulasi sbb kta boleh belajar balik apa2 yg kita tak faham tu...so bleh cover baliklah sebelum kita masuk dalam course yg kita pilih....

Ini sahaja yg boleh saya beritahu pasal UPU & Matrikulasi ...kalau silap tolong bagitau ye.....

Sebelum terlupa...jika ada masalah berkaitan kerjaya,

sila rujuk kaunselor sekolah anda
atau
atau
rujuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah anda..

Sampai di sini sahaja post buat kali ni... Kita jumpa lagi di lain siaran

Assalamualaikum....

11.25.2011

PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID UPU

1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 adalah melalui
Aplikasi Dalam Talian sahaja. Pelajar boleh melayari Laman Web Rasmi
Kemasukan secara percuma di URL http://upu.mohe.gov.my/ untuk
mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA.

2. Bagi mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor
Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian
Nombor Unik ID adalah seperti berikut:


  • PEMBELIAN SECARA PUKAL ( MELALUI SEKOLAH)



i. Pembelian mulai 8 hingga 30 November 2011


ii. Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja.


iii. Harga RM10.60 seorang


iv. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon perlu disertakan semasa pembelian.


  • PEMBELIAN INDIVIDU (NAK BELI SENDIRI)

i. Pembelian mulai 9 Januari hingga 2 April 2011


ii. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking dan Perbankan Internet.


iii. Harga RM10.60 seorang


iv. Salinan Kad Pengenalan/My Kad calon perlu dikemukakan semasa pembelian .



3. Sekolah boleh membuat pembelian Nombor Unik ID secara pesanan pukal terus dari mana-mana cawangan BSN dengan melengkapkan butiran yang diperlukan di BPKP- 32C (Borang BPKP-32C dan Lampiran A hanya untuk kegunaan BSN sahaja dan tidak perlu dihantar ke BPKP JPT).


4. BSN akan menyerahkan Nombor Unik ID yang dipesan terus kepada wakil sekolah berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui.


5. Nombor Unik ID ini WAJIB digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA di FASA 2 mulai 9 Januari hingga 2 April 2012.


* KePada SeMua Pelajar mML , anda boleh membeli nombor pin UPU di bilik kaunseling dengan harga RM11.00 sahaja (termasuk kos perkhidmatan)...
Tarikh tutup : 27 November 2011...
(Kaunter juga dibuka pada hari cuti)

11.11.2011

::CARTA ORGANISASI UBKK 2011::

::CARTA ORGANISASI UBKK 2011::

Pengerusi

Tn Hj Azhar Bin Salleh

TimbalanPengerusi

Tn Hj Zulkipli
Bin Mat Yusof

Timbalan Pengerusi 1

Tn Hj Zanarudin Bin Yaacob

Timbalan Pengerusi 2

Tn Hj Junaidi Bin Abdullah

Setiausaha

Pn Rosmaidah Bt Mahmud

Biro Kerjaya

Pn Irmaniza Binti Ibrahim

Biro Pembimbing Rakan Sebaya

Pn Diyana Baiduri Binti Nik Mohd Naziman

Biro Bimbingan Dan

Kaunseling

Pn Aini Binti Mohamad

Biro Pengurusan Program Motivasi

Pn Zulinawati Binti Abdullah

Biro Penerbitan

Pn Azilah Binti Zainal Rashid

http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png

::CARTA ORGANISASI BBKK 2011::

Pengerusi
Mohammad Zulfitri
Bin Mohd Shukri


Timbalan Pengerusi
Muhamad Aiman Bin Abdullah


Setiausaha
Ameer Firdaus Bin Zulkeflee

Timbalan Setiausaha
Ahmad Ubaidillah Bin Mohd Rafie

Bendahari
Mohammad Afif

Bin Wan Abdullah Zawawi

Exco Akademik Dan Sahsiah
Afif Akram Bin Jusoh

Exco Bimbingan Dan Kaunseling
Amir Arifudin Bin Bahar

Exco Kerjaya
Muhamad Azam Akif

Bin Mohmmad Amran

Exco Ekonomi Dan Pengurusan
Mohd Hafizi Bin Johari

Exco Penerbitan
Muhammad Aliff Bin Mohamed Ali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels