4.15.2011

Laporan Kem Kenali Diri PRS 2011

Assalamualaikum,

Kita bertemu kembali...alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi setelah berjaya memilih 40 orang ahli PRSMML,kami berjaya pula mengadakan Kem Kenali Diri PRS....Kem ni dibantu oleh kakak-kakak dan abang daripada Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)...Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut...ada di bawah ni...


Tarikh : 24,25 dan 26 Februari 2011
Tempat : Sri Permai Beach Resort
Sasaran : Semua ahli PRS 2011
Fasilitator : Kaunselor Praktikal USIM

24 Februari 2011 (Khamis)


Semua ahli PRS menunggu bas di pondok di sekolah…Urusetia program semua kelam kabut menyiapkan peralatan program.Bas sampai lebih kurang pukul 3.30 tgh….Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit juga ke tempat program…Panas juga atas bas tu…aircond kurang terasa…

Setelah kami sampai, semua ahli macam ‘rusa masuk kampung’…kelam kabut & tak tahu nak buat apa-apa…Akhirnya Ameer (S/U) marah semua…Semua ahli senyap je…nampak takut…Memang ada bakat jadi guru disiplin ni…. Setelah kami solat asar secara berjemaah,kami mendirikan khemah ikut kumpulan…Macam2 style khemah ada,ikut kreativiti...Selepas tu tiba masa untuk makan malam,awal betul makan malam .& yang paling penting kami makan di tempat tidur urusetia..hahaha….

Kami solat Maghrib & Isyak di surau..lepas solat, kami kena buat ujian personaliti warna...Warna hijau paling kurang sekali & warna jingga yang terbanyak… Maknanya PRS ni ramai yang nakal2,Kami dibahagikan group mengikut warna personaliti dan kumpulan2 ni diurus oleh kakak2 dan abang Fe’C. & malam tu kami bincang tentang Timeline…Best juga mengenang kisah2 lama..Kami tidur selepas LDK itu,malam tu memang sejuk..berangin macam nak hujan je..Urusetia kena sentry malam tu…


25 Februari 2011 (Jumaat)

Hari kedua pula,urusetia bangun lambat pula...semuanya letih sentry, jadi tak sempat Qiamullail.Selepas solat Subuh, kami buat aktiviti yang kami sendiri tak tahu namanya, idea Afif Akram (exco akademik & sahsiah) & Zulfitri (Pengerusi)…Jadi saya namakan aktiviti ni aktiviti kata-mengata, tajuknya ‘Mengapa PRSMML kurang Menonjol di Sekolah’…Hot betul tajuk ni..kami dibahagikan ikut kumpulan & ada peranan, contohnya group ibu bapa, guru, pengetua & lain2…Jadi semuanya tuduh-menuduh…nakal betul kan
* Moral of the story, jangan tuduh-menuduh,tapi salahkan diri sendiri,,”Peace No War”

Selepas habis aktiviti kata-mengata,kami bersiap sedia untuk riadah…riadah yang ringkas,jogging sepanjang pantai..
Seronok juga berlari-lari sambil melihat matahari terbit..Apabila sampai di penghujung, pengerusi denda pamping dlm air untuk sesiapa yang lambat..ada yang berdendam dengan Pengerusi,hahaha…Kami beriadah kira2 1 jam dan apabila balik,kami bersiap untuk LDK seterusnya…ada yang minta ‘nak mandi kat pantai’…Tapi saya tak beri, tunggu petang nanti…

Dalam LDK 2 ni, kami buat aktiviti time management... saya tak tahu nak terangkan tentang aktiviti ni..Tetapi pengajarannya ”Appreciate your time”…Kami berehat sebentar dan diteruskan dengan LDK 3 ,Collage…Kami diarah buat satu hasil seni dengan mengutip benda2 sekeliling…Macam2 benda dikutip,ada yang kutip getah, pasir, daun, & sampah pun ada…Artistik betul ya..Selepas iti kami perlu buat presentation tentang makna di sebalik collage itu…
Pelik2 betul idea mereka ni… * Be Creative!!

Lebih kurang jam 1.00 tengah hari, kami sudah bersiap-sedia untuk ke masjid,Solat Jumaat... Sebelum program, Ubaidillah (T.S/U) sudah survey tempat.Dia kata masjid dekat je..tetapi rupa-rupanya jauh..Setelah selesai solat Jumaat, kami balik ke tapak kem, semuanya nampak keletihan sahaja..Kami menyantap makanan tengah hari & makan tengah hari itu spesial sikit…

Kami mendengar ceramah yang bertajuk ‘peranan PRS MML’, disampaikan oleh Teacher Raihanah..Kaunselor MML…Semua PRS nampak khusyuk mendengar & ada juga yang nampak keletihan.Apa yang saya faham dalam ceramah ni. PRS perlu peka terhadap perubahan di sekeliling kita & PRS ialah medium antara pelajar dan Kaunseling…Go PRS!!! Penceramah menerima hadiah penghargaan disampaikan oleh Aiman ( Timbalan Pengerusi)

Kami memang rasa semangat lepas mendengar ceramah sebentar tadi...Sekarang tiba masa untuk aktiviti yang paling saya suka,riadah... Kami diarah oleh Fe’C untuk membina istana mengikut kreativiti tersendiri...Macam2 jenis rekaan dibina,pelik2 dan kreatif2 belaka...Semasa kak Fe’C memberi markah,memang kecoh sekejap suasana...nk mempertahankan markahlah katakan...Selepas tu,masa yang dinanti-nanti,mandi kat laut....Seronok betul mandi petang tu,terhuyung-hayang dengan gelombang ombak...Yeah!!! I’m so happy..... Selepas tu,kami kena naik ke darat,bincang tentang malam kebudayaan malam ni... Tajuk yang Fe’C beri pelik2...

Seperti biasa kami makan malam....tetapi makan malam ni sikit sahaja...kenapa ya?? Ramai kelihatan lapar sahaja,mungkin tak cukup...Mesti fe’c ada kejutan malam ni...Selepas kami solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, Pengetua atau lebih dikenali sebagai mudir hadir untuk merasmikan program ini,cikgu Rosmaidah ( guru penasihat a.k.a. cikgu addmath) datang juga untuk memantau program....Daripada ucapan Tuan Mudir,beliau berharap PRSMML dapat berkhidmat dengan baik di sekolah & dapat mengurangkan masalah di sekolah....

Selepas Tuan Mudir Pulang, Malam kebudayaan pelajar dimulakan.... Memang ahli PRS ni pandai berlakon ya...boleh join rancangan ’Pilih Kasih’...ada yang berlakon sebagai guru penasihat kaunseling,ada yang jadi pelajar nakal,& ada juga yang gila kuasa...Macam2 drama ada malam tu,drama sedih,gembira,antagonis,n lain2 lagi.... Semuanya dapat menghayati lakonan dengan baik & memang macam drama televisyen,boleh offer berlakon ni...Eh!!macam pengkritik pulak...hahaha....Ayat yang paling diingati malam tu ialah ” Helo kak ros....ade pelajar dalam masalah ni” lakonan Hafizi (Exco ekonomi & pengurusan)

Malam tu kami membakar ayam BBQ...
Perut yang lapar sudah diisi...Makanan malam tu banyak sangat,sampai tak habis...Lepas makan,tiba masa untuk urusetia pula tidur....Malam semalam urusetia sentry tapi malam ni peserta pula jaga urusetia....ada juga peserta yang ambil gambar urusetia tengah tidur..hahaha... Bagi saya,hari ini memang padat dan banyak pengalaman yang seronok hari ini....I’m so happy!! Good Night...


26 Februari 2011 (Sabtu)

Pada hari ketiga ini,program agak relax sikit...Pagi ini sempat kami Qiamullail...Kami solat Subuh dan kami bersiap-sedia untuk riadah...Pagi itu, senaman pagi diketuai oleh Afif (Bendahari)...Dia berpesan agar pakai baju yang simple2 sahaja sebab aktiviti pagi ini lasak sedikit.... Permainannya ialah permainan baling belon berisi air kepada pihak lawan....Semuanya basah kena baling belon....Yang paling seronok bila pengerusi beri peluang baling belon kepada urusetia...Urusetia lari bertempiaran nak selamatkan diri..hahaha...



Kami sarapan pagi selepas itu...Tetapi ramai yang kenyang makan BBQ malam tadi...Banyak yang tak habis...Kami seterusnya ada aktiviti LDK 4 ’Diri dan Kepentingan’...aktiviti yang memberi kekeliruan bagi saya,Apa yang lebih penting?? Kami perlu membuat keputusan yang terbaik...apabila habis LDK terakhir tersebut,tiba masa untuk aktiviti yang kami tertanya-tanya sejak mula program,’Relaxation Techniques’..Tetapi sebelum itu kami perlu bermain aktiviti bantal beracun...Pelbagai aksi dibuat semasa permainan ini,macam malam kebudayaan malam tadi... Semasa relaxation techniques, kami rasa relax sangat...ada peserta yang tertidur,yang berdengkur pun ada...

Relaxation technique dapat mengajar kita mengurangkan stress...Kami diberikan hadiah sebelum balik atas performance kami sepanjang program,semuanya seronok dapat hamper tetapi Aliff (Exco penerbitan) & Akiff (Exco kerjaya) tak dapat menyertai penyampaian kerana terpaksa pulang awal atas urusan penting di sekolah.

Kami makan tengah hari dan mengemas khemah selepas itu...Bas sampai lebih kurang pukul 2.00 tengah hari.... Kami sampai di sekolah lebih kurang pukul 3.30 tengah hari...Kami seronok kerana terkecuali daripada hadir ke sekolah pada hari sabtu kerana menggantikan cuti...

Bagi saya, program ini sangat seronok dan kami dapat menimba banyak ilmu daripada program ini walaupun program ini relax sahaja.Semoga PRSMML dapat menjadi seorang yang cemerlang...Insyaallah.... GO PRSMML....

Assalamualaikum dan semoga kita berjupa lagi dalam post yang lain pula...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels