1.01.2011

Baru-baru ini satu badan yang tidak asing lagi dalam penarafan sistem pengajian tinggi dunia iaitu QS network telah mengeluarkan senarai keputusan ranking universiti bagi kawasan asia. http://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-rankings/2011 Sebelum ranking ini dikeluarkan, kedudukan ranking universiti seluruh dunia berdasarkan pencapaian subjek seperti kejuruteraan, perubatan, dan sains sosial telah pun diketahui. Seperti tahun-tahun yang lalu, universiti-universiti yang mengungguli senarai ranking terbaik asia kebanyakannya dari Hong Kong, Jepun dan Korea. Singapura walaubagaimanapun tetap berada dalam kedudukan teratas meskipun mempunyai bilangan institusi pengajian tinggi yang sedikit. Berikut merupakan senarai 5 universiti terbaik Asia :

1 The Hong Kong University of Science and Technology

2 University of Hong Kong

3 National University of Singapore

4 University of Tokyo

5 The Chinese University of Hong Kong

Harapan untuk melihat adanya universiti dari Malaysia yang bersaing untuk kedudukan 10 terbaik nampaknya tidak kesampaian, apabila Universiti Malaya (UM) yang merupakan university tertua di Malaysia dan pernah berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia suatu ketika dulu sekadar menggungguli tangga ke 39 Asia. Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pula hanya berada pada pencapaian 53 dan 54 terbaik. Senarai universiti Malaysia yang dikelaskan dalam QS Asian University Rankings adalah :

1 Universiti Malaya (39)

2 Universiti Kebangsaan Malaysia (53)

3 Universiti Sains Malaysia (54)

4 Universiti teknologi Malaysia (76)

5 Universiti Islam Antarabangsa (161-170)

6 Universiti Malaysia Sarawak (191-200)

UTAR, UiTM, UMT, MMU, UniKL dan UPSI masing-masing berada pada kedudukan 200 dan keatas.


Melihat kepada kedudukan yang dikeluarkan oleh QS ini, nampaknya perjalanan masih lagi jauh untuk melihat institusi pengajian tinggi kita setaraf dengan kedudukan universiti –universiti hebat lain di seluruh dunia. Sistem penarafan ranking QS ini mengambil kira soal bilangan penuntut antarabangsa, sama ada prasiswazah atau pascasiswazah, disamping soal akademik dan penyelidikan. Dalam soal ini Malaysia masih lagi kurang menitikberatkan soal ini walaupun universiti kita juga tidak ketinggalan dalam soal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memenangi banyak anugerah, tetapi jalingan antara pihak universiti dan pihak industri tidak begitu kuat. Oleh sebab itulah kebanyakan produk atau hasil kajian jarang dapat dipasarkan. Penglibatan pelajar di peringkat antarabangsa khususnya melalui aktiviti berkebajikan juga amat kurang dan kalau adapun ianya melibatkan program lawatan sahaja.




Universiti Apex pertama Negara iaitu USM juga tidak menunjukkan peningkatan walaupun autonomi diberikan sepenuhnya badan pengurusan tertinggi universiti tersebut untuk memilih sendiri pelajarnya. USM melalui program Apex sebenarnya telah menyasarkan untuk berada dalam 100 @50 universiti terbaik pada tahun 2015 tetapi melihat kepada prestasi semasa, kemungkinan itu ada tetapi agak mustahil. Mengikut rekod semasa, bilangan penuntut luar yang meneruskan pengajian di USM lebih rendah daripada UTM,UKM dan UM.


*Walaupun begitu, kita seharusnya tidak meletakkan kecemerlangan sesebuah universiti itu hanya pada ranking sahaja, kerana penarafan itu dibuat bukan secara keseluruhan malahan ada yang mempersoalkan bilangan universiti dari UK yang banyak menggungguli senarai teratas universiti terbaik dunia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels