Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh memohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Kuota untuk biasiswa JPA ialah 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera.
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Permohonan untuk biasiswa MARA juga menggunakan laman web yang sama dengan permohonan untuk biasiswa JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Temuduga MARA tidak seperti temuduga JPA di mana temuduga JPA adalah secara berkumpulan manakala temuduga MARA secara individu, face to face dengan dua orang penemuduga.
Antara JPA dan MARA, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.
§ Peluang untuk dapat biasiswa MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
§ Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa sepenuhnya walaupun keputusan peperiksaan kurang cemerlang semasa pengajian di peringkat ijazah. Kalau MARA, ada bahagian yang anda kena bayar kalau keputusan peperiksaan tidak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
§ JPA – anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA – anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja malah di luar negara sekalipun.
§ Jika anda memohon kursus Perubatan, JPA biasanya menawarkan program berkembar/twinning iaitu 3 tahun di
3. Petronas
Petronas ada menawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila anda dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).
Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di http://spmonline.petronas.com.my/
4. Kementerian Pelajaran
Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah mohon biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, pemegang biasiswa KPM dihantar ke
Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di luar negara selama 3 tahun dan pulang ke
Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.
5. FELDA
Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. Jadi sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.
6. Yayasan TNB
7. Yayasan TM
8. Yayasan Khazanah
9. Yayasan UEM
10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja
11. Bank Negara
12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
13. Maybank
14. Proton
15. Shell
Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian, Utusan