Seperti kebiasaannya, apabila tiba waktu
peperiksaan akhir semester..simptom-simptom mata panda tidak dapat dielakkan
dikalangan pelajar. Bukan setakat itu sahaja, malah pada waktu inilah gejala
demam, selsema, migrain, alahan kulit dll juga sering melanda. Ianya
berpunca daripada tekanan, dan gangguan pada waktu tidur yang tidak
seperti biasa. Apabila seseorang itu tidak cukup tidur, peratusan air dalam
badannya berkurangan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan imunisasi dalam
badan. Justeru badan menjadi lemah dan tidak dapat melawan serangan bakteria
dan penyakit walhal habuk sekalipun.
Oleh itu, bagi mengelakan simptom-simpton
diatas, digalakkan agar:
minum air masak dengan mencukupi (8 gelas
sehari)
melakukan aktiviti riadah
tidur yang cukup
jangan bersendirian
jangan berlapar
kendalikan tekanan dengan sebaiknya
senyum selalu =D
Selamat menduduki peperiksaan diucapkan
kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan x lama lagi . Didoakan agar
anda mempunyai kesihatan yang baik diwaktu-waktu kritikal sebegini serta
dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Semoga berjaya dengan cemerlang..ameen
=)