1.01.2011

Senarai Biasiswa Di Malaysia


Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Jadi, saya harap Buletin kali ini dapat memberi panduan kepada anda semua.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh memohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Kuota untuk biasiswa JPA ialah 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera.

2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan untuk biasiswa MARA juga menggunakan laman web yang sama dengan permohonan untuk biasiswa JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Temuduga MARA tidak seperti temuduga JPA di mana temuduga JPA adalah secara berkumpulan manakala temuduga MARA secara individu, face to face dengan dua orang penemuduga.

Ada kursus tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, kursus-kursus lain seperti Perubatan, Bioteknologi, Kejuruteraan, Perakaunan dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA.

Antara JPA dan MARA, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

§ Peluang untuk dapat biasiswa MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.

§ Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa sepenuhnya walaupun keputusan peperiksaan kurang cemerlang semasa pengajian di peringkat ijazah. Kalau MARA, ada bahagian yang anda kena bayar kalau keputusan peperiksaan tidak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.

§ JPA – anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA – anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja malah di luar negara sekalipun.

§ Jika anda memohon kursus Perubatan, JPA biasanya menawarkan program berkembar/twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, biasanya 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.

3. Petronas

Petronas ada menawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila anda dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan kursus yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan perlu bentangkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di http://spmonline.petronas.com.my/

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah mohon biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK, Australia dan lain-lain negara.

Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di luar negara selama 3 tahun dan pulang ke Malaysia untuk buat program pendidikan selama 1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

5. FELDA

Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. Jadi sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.

6. Yayasan TNB

7. Yayasan TM

8. Yayasan Khazanah

9. Yayasan UEM

10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja

11. Bank Negara Malaysia (BNM)

12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

13. Maybank

14. Proton

15. Shell

Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian, Utusan Malaysia atau The Star supaya tidak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu, Kerajaan Negeri Sabah dan Melaka. Jadi, anak-anak Terengganu, Sabah dan Melaka bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

Baru-baru ini satu badan yang tidak asing lagi dalam penarafan sistem pengajian tinggi dunia iaitu QS network telah mengeluarkan senarai keputusan ranking universiti bagi kawasan asia. http://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-rankings/2011 Sebelum ranking ini dikeluarkan, kedudukan ranking universiti seluruh dunia berdasarkan pencapaian subjek seperti kejuruteraan, perubatan, dan sains sosial telah pun diketahui. Seperti tahun-tahun yang lalu, universiti-universiti yang mengungguli senarai ranking terbaik asia kebanyakannya dari Hong Kong, Jepun dan Korea. Singapura walaubagaimanapun tetap berada dalam kedudukan teratas meskipun mempunyai bilangan institusi pengajian tinggi yang sedikit. Berikut merupakan senarai 5 universiti terbaik Asia :

1 The Hong Kong University of Science and Technology

2 University of Hong Kong

3 National University of Singapore

4 University of Tokyo

5 The Chinese University of Hong Kong

Harapan untuk melihat adanya universiti dari Malaysia yang bersaing untuk kedudukan 10 terbaik nampaknya tidak kesampaian, apabila Universiti Malaya (UM) yang merupakan university tertua di Malaysia dan pernah berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia suatu ketika dulu sekadar menggungguli tangga ke 39 Asia. Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pula hanya berada pada pencapaian 53 dan 54 terbaik. Senarai universiti Malaysia yang dikelaskan dalam QS Asian University Rankings adalah :

1 Universiti Malaya (39)

2 Universiti Kebangsaan Malaysia (53)

3 Universiti Sains Malaysia (54)

4 Universiti teknologi Malaysia (76)

5 Universiti Islam Antarabangsa (161-170)

6 Universiti Malaysia Sarawak (191-200)

UTAR, UiTM, UMT, MMU, UniKL dan UPSI masing-masing berada pada kedudukan 200 dan keatas.


Melihat kepada kedudukan yang dikeluarkan oleh QS ini, nampaknya perjalanan masih lagi jauh untuk melihat institusi pengajian tinggi kita setaraf dengan kedudukan universiti –universiti hebat lain di seluruh dunia. Sistem penarafan ranking QS ini mengambil kira soal bilangan penuntut antarabangsa, sama ada prasiswazah atau pascasiswazah, disamping soal akademik dan penyelidikan. Dalam soal ini Malaysia masih lagi kurang menitikberatkan soal ini walaupun universiti kita juga tidak ketinggalan dalam soal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memenangi banyak anugerah, tetapi jalingan antara pihak universiti dan pihak industri tidak begitu kuat. Oleh sebab itulah kebanyakan produk atau hasil kajian jarang dapat dipasarkan. Penglibatan pelajar di peringkat antarabangsa khususnya melalui aktiviti berkebajikan juga amat kurang dan kalau adapun ianya melibatkan program lawatan sahaja.




Universiti Apex pertama Negara iaitu USM juga tidak menunjukkan peningkatan walaupun autonomi diberikan sepenuhnya badan pengurusan tertinggi universiti tersebut untuk memilih sendiri pelajarnya. USM melalui program Apex sebenarnya telah menyasarkan untuk berada dalam 100 @50 universiti terbaik pada tahun 2015 tetapi melihat kepada prestasi semasa, kemungkinan itu ada tetapi agak mustahil. Mengikut rekod semasa, bilangan penuntut luar yang meneruskan pengajian di USM lebih rendah daripada UTM,UKM dan UM.


*Walaupun begitu, kita seharusnya tidak meletakkan kecemerlangan sesebuah universiti itu hanya pada ranking sahaja, kerana penarafan itu dibuat bukan secara keseluruhan malahan ada yang mempersoalkan bilangan universiti dari UK yang banyak menggungguli senarai teratas universiti terbaik dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels