1.29.2010

Program Suai Kenal PRS

Bismillah
Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk update blog ini.

Alhamdulillah, pada 28 dan 29 Januari, Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Lelaki telah merancang dan melaksanakan program bagi memantapkan lagi PRSMML dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama PRS. Antara agenda program ini adalah untuk memberikan semangat baru kepada PRS 2010 dan insyaAllah dapat melahirkan PRS yang terbaik di bumi MML ini. Pendaftaran dimulakan pada pukul 3.30 petang 28 Januari dan semua PRS yang hadir kemudiannya berkumpul di dewan utama MML. Pengerusi BBKK memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan program. Setelah selesai solat asar, semua PRSMML kemudiannya dikumpulkan di padang sekolah. Di sini semua PRS perlu memperkenalkan diri dan saling mengenali antara satu sama lain.













Pada sebelah malamnya, semua PRS bergerak ke bilik APD MML bagi menyertai Bengkel Pengenalan PRS yang diuruskan sendiri oleh guru penasihat BBKK MML , Ustaz Efendy b Daud. Dalam bengkel ini, PRS telah diberi pendedahan tentang tugas PRS, etika PRS, falsafah PRS, prinsip PRS dan banyak lagi. Sesungguhnya banyak ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Efendy dan beliau sempat menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi kaunselor. Bengkel berakhir pada pukul 11.30 malam.
Keesokan harinya, 29 Januari 2010, pada pukul 7.45 pagi, PRSMML bergerak ke padang sekolah untuk aktiviti riadhah. Permainan pada pagi tersebut menceriakan PRS dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka. Pada pukul 9.00 pagi, sekali lagi PRS bergerak ke APD bagi aktiviti LDK. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan dan masing-masing diberikan tugasan untuk membentangkan apa yang mereka faham tentang PRS. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan PRS yang berketerampilan dan mempunyai kaedah dan teknik yang unik ketika bercakap di hadapan khalayak ramai.








Program ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Di sini kami warga kerja BBKK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Syukran Jazillan

Wassalam

1.27.2010

Bismillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera tidak kira di mana anda berada.

Alhamdulillah, 25 Januari 2010, satu majlis telah diadakan di MML iaitu Majlis Penyerahan Watikah bagi Pimpinan Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Majlis ini dihadiri Yang Dihormati SAC 1 Dato' Abd Rahim b Haji Hanafi, Ketua Polis Kelantan.

~~ ~~~~~~~~Yang Dihormati SAC 1 Dato' Abd Rahim ~~~~~~~~~~

Beliau merupakan seorang yang disegani dan dihormati ramai kerana beliau bukan sahaja mampu menjaga keamanan di negeri Kelantan bahkan beliau mampu untuk menjadi khatib di masjid-masjid menyampaikan khutbah jumaat. Inilah generasi dan inilah insan yang ingin dipupuk di bumi MML iaitu seorang muslim yang bukan sahaja menjadi doktor, jurutera, peguam, dan hakim bahkan seorang muslim yang mampu menyampaikan dakwah Islam.

Di sini, kami warga Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Lelaki mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pimpinan Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki sesi 2010, dan syukran jazillan kepada Yang Dihormarti SAC 1 Dato' Abd Rahim b Haji Hanafi kerana sudi datang ke majlis yang kami adakan ini. Kami berdoa agar Dato' sentiasa dirahmati Allah dan keamanan di bumi Kelantan ini dapat dijaga khususnya dan di Malaysia amnya.

Gambar - gambar sepanjang majlis :






Selamat tinggal Dato'. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi insyaAllah.

Wassalam


1.21.2010

Gotong Royong Perdana MML

Bismillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanggal 21 Januari 2010, MML telah dianugerahkan satu hari yang mana pada hari tersebut, kerjasama, toleransi dan sikap bertanggungjawab adalah perlu. Gotong Royong Perdana ini melibatkan semua guru, pelajar serta pihak pentadbiran sendiri.

Majlis dimulakan dengan thobur di padang sekolah. Diikuti dengan ucapan ringkas oleh Mudir MML, Ustaz Azhar b Salleh.Kemudian diikuti dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Ghazali berkenaan dengan bulan Safar.


Cikgu Sabariah telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan taklimat ringkas mengenai lokasi-lokasi untuk dibersihkan dan diceriakan. PRS MML telah diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan C8 ( taman sains MML ).

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan suasana MML dapat dilihat makin ceria daripada sebelumnya. Di sini kami PRS MML ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kebersihan dan Keceriaan MML dan pihak pentadbiran kerana menganjurkan Program Gotong Royong Perdana ini.

Perjumpaan Pertama PRS MML

Bismillah

Alhamdulillah, pertama bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberi kesihatan dan nikmat yang cukup besar dan tidak mampu untuk kita tidak mensyukurinya.






Pada 20 Januari 2010, satu perjumpaan telah diadakan bagi memperkemas dan memperkasa lagi PRS MML. Antara agenda majlis adalah untuk memperkenalkan AMT dan Exco BBKK, merapatkan ukhuwwah dan juga taklimat bagi Majlis Gotong Royong Perdana MML yang berlangsung pada keesokan harinya. Perjumpaan berlangsung selama satu jam ini dipengerusikan oleh pengerusi BBKK dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh beliau.








Tahniah ! Anda telah terpilih !

Pada 17 Januari 2010, pihak Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya telah mengadakan temuduga bagi melantik Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2010. Alhamdulillah walaupun tahun ini kami tidak menerima sambutan sebagaimana tahun lepas, tetapi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pemilihan dilakukan sendiri oleh AMT dan Exco BBKK di dalam bilik BBKK. Antara ciri-ciri dan aspek-aspek yang dinilai ialah :
1) Penampilan Diri
2) Keyakinan Diri
3) Kecemerlangan Akademik dan Akhlak

Keistimewaan menjadi PRSMML?
1) Mempelajari kemahiran membimbing rakan sebaya.
2) Memupuk sifat kepimpinan dalam diri.Mengikuti kursus-kursus yang akan diadakan
samada oleh pihak BBKK atau pihak luar.
3) Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik untuk dijadikan
contoh kepada pelajar yang lain dan banyak lagi.


Pemilihan dilakukan keesokan harinya. Tahniah kepada yang terpilih menjadi PRSMML. Ingatlah bahawasanya anda adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Kami mengharapkan antum semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan nanti insyaAllah.




Berikut merupakan senarai pelajar yang terpilih. Tahniah diucapkan !

SENARAI NAMA PRS 2010

TINGKATAN 2
1)Abdul Mueez B. Zainal Abidin 2 Makkah
2)Nik Nafis Bin Nik Min 2 Makkah
3)Muhamad Hafizin B. Mohamad Hamikal 2 Dimashq
4)Muhamad Taufiqillah Azman 2 Dimashq
5)Ahmad Basyir B. Abd. Latif 2 Dimashq

TINGKATAN 3
1) Ahmad Ubaidillah B. Mohamed Rafie 3 Makkah
2)Abdullah Arif B. Abd. Kadir 3 Makkah
3)Syed Muhammad Hafidz B. Syed Noh 3 Makkah
4)Muhammad Nur Hafizi B. Ahmad Johari 3 Makkah
5)Al-Farouq Azmi B. Nazmi 3 Makkah

TINGKATAN 4
1)Mohamad Afif B. Wan Abdullah Zawawi 4 Syariah Sains 2
2)Muhammad Aiman B. Ramlan 4 Syariah Sains 4
3)Muhamad Azam Akif B. Mohammad Amran 4 Syariah Sains 2
4)Meuthpeuwi @ Marbawi B. Zulkifli 4 Syariah Sains 2
5)Muhamad Zulfitri B. Mohd Shukri 4 Syariah Sains 2
6)Muhammad Rabbani B. Ruslan 4 Syariah Sains 4
7)Mohamd Zahid Hakimi B. Mat Zain 4 Syariah Sains 2
8)Wan Aiman Hafiz B. Mohamed Hassan 4 Syariah Sains 4

TINGKATAN 5
1)Syafiq B. Supian 5 Syariah Sains 1
2)Muhammad Amir Hamzah B. Zulkifli 5 Syariah Sains 2
3)Muhammad Asyraf B. Zaid 5 Syariah Sains 2
4)Muhammad Faiz B. Mohamed Basir 5 Syariah Sains 3
5)Ahmad Muzammil B. Abd. Hamid 5 Syariah Sains 4
6)Muhammad Aizat B. Abd Hadi 5 Syariah Akaun 1
7)Muhd Hafiz B. Shafie 5 Syariah Akaun 1

TINGKATAN 6
1)Abdul Hakim B. Awang Nila
2)Mohamad Syafiq B. Aziz
3)Ahmad Nadzrey B. Yusuff
4)Nik Mohd Nabil B. Nik Abdullah

1.20.2010

Selamat Datang

Bismillah

Assalamualaikum


Sebagaimana yang sudah maklum, MML tahun ini telah menerima mudir baru bagi sesi pengajian pada tahun 2010. Beliau yang bernama Ustaz Azhar b Salleh telah berhijrah ke bumi MML bagi menggantikan mantan mudir, Ustaz Zainuddin b Che Ismail.


Mudir banyak menekankan tarbiah dalam kalangan pelajar kerana beliau percaya bahawa tarbiah adalah perlu dan penting dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berdisiplin dan cemerlang.




Justeru, ingin kami nyatakan di sini bahawa kami Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya akan memberikan sepenuh kerjasama dan toleransi untuk membantu pihak pentadbiran bagi mencapai kegemilangan pada tahun 2010 insyaAllah.



Ahlan Wasahlan ila Maahad Muhammmadi Lilbanin


1.18.2010

Majlis Perpisahan Pentadbir dan Guru 2009

Bismillah..
Assalamualaikum w.r.b

Alhamdulillah, tanggal 13 Januari 2010 pihak sekolah Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan satu majlis bagi mengenang jasa yang telah ditaburkan oleh mantan mudir, mantan PK HEM serta mantan guru matematik Maahad Muhammadi Lelaki, Yang Berusaha Tuan Haji Zainuddin bin Che Ismail, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah dan Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria b Mat Zain.


Di sini, kami warga Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Maahad Muhammadi Lelaki ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga pentadbir serta guru - guru yang telah menabur bakti sepanjang tahun 2009. Syukran




Terima kasih kami ucapkan dan semoga berjaya dalam mentadbir sekolah baharu yang ditugaskan. InsyaAllah

1.14.2010

Membina Mindset Kejayaan

Untuk kita mencapai kejayaan, terlebih dahulu kita kena ada mindset kejayaan.

Kita kena membentuk minda kita supaya terarah kepada kejayaan, bukan kegagalan. Sudah pasti kita akan menempuh kegagalan-kegagalan dalam proses kita memburu kejayaan tapi dengan mindset kejayaan yang kita sudah bina, kita akan mampu bangkit balik dari kegagalan, tak kira kegagalan besar atau kegagalan kecil.

Mindset kejayaan yang pertama adalah: dalam apa jua yang kita lakukan, kena berstrategi, mesti mau ada BLUEPRINT.

Blueprint adalah istilah yang diberi pada sesebuah perancangan bertulis. Sebelum memulakan langkah, tuliskan strategi Anda di dalam sebuah buku khas, atau di dalam reminder kat dalam handphone.

Kemudian, baca buku tu setiap hari. Selain terus menerus berusaha, rekodkan perkembangan Anda. Selepas 7 hari, baca balik rekod perkembangan Anda.

Anda akan semakin optimis dengan usaha Anda kerana Anda dah nampak ia berhasil. Sejarah Islam sendiri ada kata, Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu dalam usaha Baginda menyebarkan Islam, Baginda berusaha dengan penuh berstrategi. Maka, begitu juga kita dalam usaha kita memburu kejayaan kena bertindak penuh berstrategi.


Mindset kejayaan yang kedua: berani mendepani kritikan

Tiap kali mendepani kritikan daripada beberapa orang yang ada di sekeliling anda (kengkawan Anda, ahli keluarga Anda) elak untuk melawan. Dengar saja.

Anda kena banyak bersabar. Dah lumrah dunia. Sesiapa saja yang nak berjaya dalam bidang yang dipilihnya, pasti akan ada tentangan. Dalam ramai-ramai yang menghalang impian Anda nak berjaya tu, akan ada beberapa orang yang menyokong Anda. Untuk berani mendepani kritikan, Anda hanya perlu tukar kritikan tu kepada motivasi dalaman sebaagi pendorong untuk Anda.

Gunakan ‘reverse psychology’. Anggaplah mereka mengkritik Anda kerana mereka mahu melihat Anda berjaya. Jadi, buktikan kepada mereka! Orang tak akan percaya selagi diorang tak nampak, so buktikan sesuatu. Nampakkan kerajinan Anda, perlihatkan hasil kerja keras Anda.

Orang sekeliling tetap akan kritik Anda, walaupun Anda tak memasang keinginan untuk berjaya dalam hidup. Anda orang biasa ke, orang luasa biasa ke, diorang tetap kritik punya. Itu sudah menjadi satu hal yang normal dalam masyarakat kita.

Anda kena terima hakikat tu. Anggap saja diorang nak Anda berjaya, sebab sekarang anda belum capai apa-apa pencapaian. Make them see who you are!


Mindset kejayaan yang ketiga: belajar apa yang perlu Anda tahu sahaja

Untuk berjaya, Anda tak perlu belajar menguasai 5 kemahiran sekaligus dalam satu masa. Anda tak akan dapat mencapai apa-apa bila Anda buat camtu. Fokus untuk menguasai 1 kemahiran saja pada satu masa supaya Anda berjaya.

Macam kita lempar batu ke dalam lubang. Andai kata kita nak beberapa biji batu ke dalam 5 lubang dalam masa yang sama, Anda rasa Anda boleh buat tak? Dah tentu tidak. Kita hanya boleh melempar beberapa biji batu ke dalam 1 lubang pada 1 masa.

Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan Anda, selagi cara yang Anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.

Anda tak perlu belajar 5 perkara dalam 1 masa. Belajar 1 perkara pada 1 masa dulu. Paling bagus, belajar apa yang Anda perlu, bukan yang Anda sekadar mahu tahu. Sebagai contoh, katakan Anda mahu berjaya dalam kerjaya anda sekarang ni.

Pelajari selok-belok kerjaya Anda, luar dalam dalam serta selidiki tahap-tahap yang perlu Anda capai untuk Anda berjaya dengan cukup cemerlang. Ingat lagi tak mindset pertama? Hidup kita kena ada strategi, mesti mau ada BLUEPRINT.

Belajar perkara-perkara yang perlu buat masa ini, lakukannya langkah demi langkah. Lama kelamaan, bila Anda konsisten melakukannya Anda tak akan sedar yang Anda dah belajar banyak perkara berkaitan bidang Anda.

Kuncinya adalah – jangan terlalu tamak nak berjaya dengan cepat. Kejayaan akan datang sendiri bila Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan mempelajari apa yang Anda perlu tahu saja. Orang yang cemerlang dan berjaya, dia kurang tahu semua perkara, tapi dia tahu banyak perkara berkaitan bidang.

Takkan Anda nak tanya jutawan internet banyak perkara tentang pertukangan kereta?

Dia mungkin boleh jawap, tapi tak detail. Contoh saja, contoh!

Sumber Nukilan Oleh Motivasi Kejayaan

1.13.2010

Apa Itu Kaunseling~

Apa Itu KAUNSELING?

Hubungan bersemuka antara individu normal dengan kaunselor. Individu dibantu untuk memahami diri, persekitarannya, menggunakan potensi diri, keluarga, agama, masyarakat dan juga mempelajari cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan diri masakini dan akan datang.


CARA KAUNSELING DIJALANKAN
Sesi kaunseling boleh dialankan berbentuk;
a) Kaunseling Individu – Pertemuan bersemuka anda dengan kaunselor
b) Kaunseling Kelompok– Pertemuan bersemuka anda dan rakan anda dengan kaunselor


KOD ETIKA KAUNSELING
a) Menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat.
b) Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien.
c) Berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan dedikasi.
d) Membuktikan dengan ikhlas, jujur dan dedikasi.
e) Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.


KAUNSELOR BERSEDIA MEMBANTU INDIVIDU YANG…
a) Ingin mengenali dan memahami diri.
b) Mahu memahami realiti diri dan kehidupan.
c) Ingin meningkatkan potensi diri.
d) Mengalami gangguan fikiran dan emosi.
e) Keliru dengan keadaan diri dan kehidupan.
f) Menghadapi konflik perhubungan sosial.
g) Memerlukan tempat untuk mengadu.
h) Menghadapi masalah belajar.
i) Dan lain-lain


OBJEKTIF KAUNSELING…membantu individu supaya…
a) Lebih memahami dan menerima diri
b) Menyedari dan meningkatkan potensi diri
c) Membuat keputusan secara bijak
d) Lebih yakin dalam pemikiran dan tindakan
e) Lebih “accountable” dan bahagia dalam segala usaha pencapaian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels